David Villa.

LONDON – Penyerang veteran David Villa akan memilih haluan baharu apabila menyertai bekas rakan sepasukannya di Barcelona dan Sepanyol, Andres Iniesta, di Liga Jepun.

BBC Sports melaporkan, pemain pasukan juara Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol itu akan beraksi dengan kelab Vissel Kobe.

Iniesta sebelum ini meninggalkan Barca untuk menyertai Vissel Kobe pada Mei lalu.

Mereka akan kembali bergandingan dengan Villa selepas bersama di Camp Nou dari tahun 2010 hingga 2013 serta dalam skuad kebangsaan.

Sepanjang bersama Liga Bola Sepak Utama (MLS), Villa merakam 80 gol dalam 126 penampilan dan turut mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan Sepanyol pada tahun 2017, dan kali terakhir bersama La Roja tiga tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette