Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kanan) diiringi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad (kanan) ketika hadir pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Syarikat kereta Proton dan Perodua disarankan mengeluarkan kenderaan yang menepati citarasa pasaran antarabangsa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan usaha itu dapat mengenepikan persepsi negatif oleh segelintir rakyat Malaysia tentang kualiti kereta buatan tempatan.

“Pengeluar kereta tempatan perlu mencipta kereta yang boleh dieksport.

“Di Malaysia, rakyat Malaysia tidak percaya kereta buatan Malaysia boleh jadi baik, jadi mereka (pengeluar) perlu eksport,” katanya.

Beliau demikian ketika ditemui media selepas melawat Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Mahathir berkata, sepanjang pemerhatian pada pameran itu mendapati kenderaan yang dipamerkankan memiliki reka bentuk terkini.

“Malah kereta Proton sedang mengalami perubahan dan telah berkembang,” katanya yang mengambil masa semasa selama 45 minit ke berada di pameran.

Sementara itu, Aishah memberitahu, lebih daripada 200,000 pelawat telah melawat KLIMS’18 setakat ini.

Pameran selama 10 hari itu akan berakhir esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast