Antara keunikan bahagian dalaman kereta Konsep Perodua pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta tempatan, Perodua mencuri perhatian pengunjung pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) apabila menghasilkan kereta yang berkeupayaan pada masa hadapan daripada segi konsep reka bentuk.

Dikenali X-Concept, ia merupakan sebuah kenderaan konsep berteknologi tinggi yang menuju ke arah aspirasi dan gaya hidup.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, X-Concept direka khusus bagi memenuhi jangkaan para pelanggan bahawa syarikat itu sentiasa berkembang.

MGF01122018_HUMAN INTEREST MOTORSHOW_07
Antara keunikan bahagian dalaman kereta Konsep Perodua pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

“Para pengunjung dialu-alukan untuk berhubung dengan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Perodua dengan memberi maklum balas dan pandangan mereka terhadap X-Concept.

Bertemakan Illumination (pencahayaan), sudut pameran Perodua menggambarkan visi dan cita-cita kami untuk terus mencetuskan idea-idea yang sejajar dengan keperluan dan kehendak pelanggan masa hadapan kami,” katanya pada KLIMS’18 di sini hari ini.

Aminar memberitahu, mengambil bentuk dinamik hatchback, ciri-ciri menarik Perodua X-Concept termasuk gril hadapan dan logo Perodua yang diterangi LED, lampu hadapan LED berbentuk Y, lampu isyarat membelok yang berurutan dan pintu sway yang mendedahkan ketiadaan pilar B apabila dibuka.

MGF01122018_HUMAN INTEREST MOTORSHOW_11
Antara keunikan bahagian dalaman kereta Konsep Perodua pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

Jelas beliau, pada bahagian dalaman, X-Concept memiliki susun atur papan pemuka futuristik yang mengelilingi panel instrumen TFT, skrin sesentuh tengah 12.9 inci dan stereng flat-bottom.

“Seiring dengan tema Beyond Mobility KLIMS18, Perodua X-Concept adalah lebih daripada sekadar kenderaan. Ia merupakan manifestasi visi Perodua masa hadapan di mana kenderaan menjadi gaya hidup dan dipenuhi dengan teknologi tersambung (connected technology).

“Kami juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk ‘memandu’ dan mengalami sendiri X-Concept melalui dunia realiti maya (VR),” katanya. – MalaysiaGazette