Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Paris, foto Agensi

KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Paris meminta semua rakyat negara ini berhati-hati dengan keadaan di kota itu susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis.

Malah, semua rakyat Malaysia di Perancis diminta memantau laporan-laporan berita dan pengumuman daripada pihak berkuasa berhubung protes ‘yellow vest’.

“Kepada semua rakyat Malaysia di Perancis, sila memantau laporan berita dan pengumuman dari pihak berkuasa tempatan tentang protes ‘Gilets Jaunes’ (Kaket Kuning) hari ini, 1 Disember 2018. Semoga selamat dan berhati-hati,” kata Kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan.

Penduduk Perancis menganjurkan mogok sejak tiga minggu lalu susulan langkah kerajaan mahu menaikkan cukai petrol.

Mogok yang merentasi seluruh negara itu dibuat selepas rakyat mendakwa kenaikan cukai itu akan meningkatkan kos sara hidup mereka.- MalaysiaGazette