Rosli Man

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan Rosli Man sebagai Pengerusi baharunya berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob yang melepaskan jawatannya pada akhir bulan lalu.

Kumpulan TM, ahli-ahli Lembaga Pengarah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau kepada syarikat sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Pada masa sama, TM juga mengalu-alukan pelantikan Rosli sebagai Pengerusi baharu.

Dengan pengalaman dan ilmu yang beliau miliki, TM percaya Rosli dapat memimpin syarikat yang diterajui oleh Imri Mokhtar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah en rosli man diatas pelantikan tuan rosli man yang begitu berpengalaman dlm bidang telekomunikasi….semuga kejayaan demi kejayaan akan tercapai dlm bidang telekomunikasi seperti celcom yang tuan rosli bangunkan sebelum ini. Saya bekas pekerja celcom amat teruja dan berterima kasih diatas kejayaan tuan rosli man sekian……wassalam……saya afandi dari johor bahru

Comments are closed.