Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto SYAFIQ AMBAK, 04 DISEMBER 2018
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto SYAFIQ AMBAK, 04 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan di Jalan Raja, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Fuzi Harun berkata, seperti biasa polis akan melakukan aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa sepanjang berlangsungnya perhimpunan tersebut.

“Kita akan pantau dan akan akur dengan kebenaran itu memandangkan ia milik DBKL.

“Kita akan buat persediaan yang perlu untuk memastikan perhimpunan yang diadakan itu mengikut saluran undang-undang dan tidak akan menimbulkan kekecohan dan masalah keselamatan,” katanya.

Jelasnya, surat kebenaran terhadap himpunan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya esok.

Ditanya samada pihak polis menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku, jelas Fuzi, satu amaran telah dikeluarkan untuk memastikan faktor keselamatan diambil perhatian oleh pihak penganjur.

“Kita telah beri amaran kepada penganjur agar mematuhi peraturan dan tidak melanggar peraturan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Semalam,  Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata,  pihaknya hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja sahaja, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan mulai  pukul 2 petang hingga 6 petang.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat bersama agensi kerajaan dan PDRM, semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast