Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Meskipun kerajaan Pakatan Harapan sudah  menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) namun Himpunan 812 yang berlangsung pada Sabtu ini dijangka dihadiri lebih setengah juta peserta.

Ahli Parlimen Pasir Salak (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan kordinator yang mewakili UMNO bagi perhimpunan tersebut berkata,  UMNO akan diwakili sekurang-kurangnya 200,000 penyokong.

Manakala PAS pula lebih RM300,000 dan badan bukan kerajaan  pula dianggarkan seramai 50,000 orang.

“Lebih daripada setengah akan hadirkan diri ke himpunan aman ini yang kita akan adakan di Dataran Merdeka nanti. Ini adalah satu perhimpunan aman dan bukan perkauman seperti yang digemburkan oleh segelintir pihak.

“Kita akan ‘putihkan’ Kuala Lumpur dengan pemakaian pakai putih pada hari itu yang di pakai oleh semua penyokong dari seluruh negara, insya Allah,” katanya kepada pemberita sebentar di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, Tajuddin juga memberi jaminan objektif utama himpunan ini adalah meraikan rasa syukur dengan keputusan kerajaan yang tidak akan meratifikasikan ICERD.

“Tidak perti yang didakwa oleh setengah pihak, tidak ada sebarang niat untuk mencabar sesiapa sebaliknya kita hanya berniat untuk mempertahankan hak Melayu dan Islam sahaja,” ujarnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast