Renov Smart menggunakan produk China iaitu siling aluminium bersepadu, aluminium polyurethane foam (pu foam) dan ‘bamboo wood fibre’ untuk dinding, stone plastic composite (SPC) untuk lantai dan PVC untuk ‘skirting.

KUALA LUMPUR – Syarikat dekorasi, Renov Smart Decoration Sdn Bhd (Renov Smart) menawarkan perkhidmatan hiasan dan rekaan dalaman dengan menggunakan teknologi dan inovasi yang mendapat tempat di Jepun dan China.

Pengarah Urusannya, Calvin Khor berkata, konsep diperkenalkan adalah rekaan dalaman menggunakan produk dari China berteknologi Jerman yang mementingkan aspek keselamatan terutamanya ketika berlaku bencana alam.

Jelas beliau, perkhidmatan hiasan dalaman yang kami sediakan masih baharu di Malaysia dijangka mendapat permintaan tinggi dalam kalangan individu dan industri perhotelan dan sebagainya.

“Kami cuba membawa kelainan dengan menggunakan produk China iaitu siling aluminium bersepadu, aluminium polyurethane foam (pu foam) dan ‘bamboo wood fibre’ untuk dinding, stone plastic composite (SPC) untuk lantai dan PVC untuk ‘skirting’.

“Memandangkan yarikat mencatatkan jualan meningkat bulan ke bulan sejak beroperasi pada Mei lalu, syarikat menjangkakan perkhidmatan dan produk itu akan menjadi pilihan utama pelanggan pada masa akan datang,” katanya yang memiliki ruang pameran di Cheras di sini.

224B4366 (1)
Pengarah Urusan Renov Smart, Calvin Khor.

Calvin berkata, Renov Smart terlebih dahulu mengadakan kajian terperinci demi memenuhi kehendak tempatan sebelum menawarkan perkhidmatan rekaan dalaman dalam pasaran tempatan.

Jelas beliau, aluminium pu foam mendapat permintaan di luar jangkaan walaupun pertama kami diperkenalkan di Malaysia dengan menggunakan formula terkini.

Ini kerana produk tersebut terbukti dapat menghasilkan kekuatan dan ketahanan impak yang lebih tinggi.

“Aluminium pu foam yang digunakan di dinding merupakan penebat haba, kedap bunyi, kalis air dan tidak mudah terbakar. Ia juga mempunyai jaminan penggunaan selama 30 tahun.

“Ini kerana sifatnya lebih jimat dibandingkan material lain kerana ia mempunyai sistem aliran haba yang baik, tahan lama dan tidak mudah retak. Lebih menarik, ia anti kulat, tiada kimia dan paling penting lebih ringan yang dapat menjimatkan kos pengendalian logistik serta tempoh pemasangan kurang daripada enam jam,” katanya.

224B4353
Renov Smart menyasarkan untuk memiliki kilang sendiri di Shah Alam, Selangor pada 2019.

Calvin menambah, ia menjadi pilihan penduduk Jepun dan China yang bimbang terhadap keselamatan nyawa dan harta benda mereka sekiranya berlaku gempa bumi kerana ia tidak rosak dan selamat untuk digunakan.

“Ia juga sangat fleksibel untuk digunakan pelbagai jenis kediaman sama ada di kampung atau bandar.

“Kami menawarkan harga rekaan dalaman mengikut bajet pelanggan dan dianggarkan keluasan 300 kaki persegi, kos untuk penggunaan aluminium pu foam bagi lantai, dinding dan siling adalah RM30,000,” katanya yang memberitahu produk ‘bamboo wood fibre’ untuk dinding turut menjadi pelanggan.

Calvin berkata Reov Smart berhasrat mengembangkan perniagaan tersebut dan menyasarkan perkhidmatan rekaan dalaman kepada pemilik kediaman daripada golongan pertengahan.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan ini kepada pemilik hotel, restoran, pemaju perumahan, hospital dan pawagam. Setakat ini, pelanggan kami dari Johor, Kedah, Singapura dan Thailand.

“Untuk memenuhi permintaan, kami menyasarkan untuk memiliki kilang sendiri di Shah Alam pada 2019. Kami juga menjangkakan mempunyai rangkaian sendiri dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, Renov Smart juga menjadi pembekal kepada pemaju dan mengalu-alukan kepada pemaju yang ingin menjalinkan kerjasama sebagai strategi untuk mengukuhkan syarikat dan jenama tersebut dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kami yakin Renov Smart akan mempunyai pengikutnya yang tersendiri kerana trend pengubahsuaian rekaan rumah berkembang pesat. Renov Smart menawarkan harga yang berpatutan iaitu hanya RM10 untuk satu kaki persegi lantai, RM19 untuk sekaki persegi siling manakala RM23 bagi sekaki persegi dinding,” katanya. – MalaysiaGazette