SPRM Jabatan Perangkaan
Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) telah menganjurkan bengkel Pengukuran Rasuah melalui Kaedah Berasaskan Bukti bersama Jabatan Perangkaan dengan input pakar dari Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di sini baru-baru ini.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 11 pagi ini.

Beliau hadir untuk diambil keterangan berhubung pindaan laporan audit membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beberapa wakil media yang telah menunggu kedatangan beliau sejak pukul 8.30 pagi telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung waktu kehadiran ahli Parlimen Pekan itu.

Sebelum ini Najib yang juga ahli Parlimen Pekan telah beberapa kali dipanggil ke ibu pejabat penguatkuasa undang-undang itu berhubung siasatan kes-kes tertentu yang dikaitkan dengan beliau ketika menjadi ketua kerajaan.

Antara kes tersebut iaitu SRC International Sdn. Bhd., panel tenaga solar sekolah di Sarawak dan 1MDB.

Hari ini beliau akan diambil keterangan susulan pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad pada 25 November lepas bahawa laporan akhir audit 1MDB telah diubah dan Najib didakwa tahu mengenai perkara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast