Neelofa memohon agar netizen berhenti menyalahkan dan mengecam selebriti lain.
Neelofa

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Neelofa bakal mengembangkan perniagaannya di negara asing menerusi kontrak yang ditandatanganinya dengan dua agensi masing-masing di United Kingdom (UK) dan Perancis.

Kedua-dua agensi itu bakal mewakili Neelofa dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaiannya tudung jenamanya, Naelofar Hijab.

“Insyaallah pada Selasa depan saya akan berangkat ke sana untuk menandatangani kontrak bersama dua agensi tersebut.

“Kedua-dua agensi itu sudah kukuh di Eropah dan mereka akan mewakili saya dalam usaha mengembangkan rangkaian fesyen dan kecantikan.

“Menjadi hasrat saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam fesyen dalam pasaran di sana memandangkan gaya modest semakin mendapat tempat di Eropah,” kata Neelofa yang memaklumkan telah lama memasang impian untuk mendapatkan peluang ini.

Tambah Neelofa, penglibatan terbaharunya itu adalah peluang untuk untuk keluar dari zon selesa dan terus mencapai matlamat dengan mencuba sesuatu yang lain.

“Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan seorang ejen dari Amerika Syarikat yang kini adalah pengurus global saya iaitu Norman.

“Norman yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia sangat memahami visi saya malah dia mempunyai kepakaran merialisasikan impian saya.

“Beliau juga yang membantu mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, dia masih berminat untuk berlakon namun sukar untuk memberi komitmen kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti termasuk akan kerap berada di Eropah sepanjang tahun hadapan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast