Sebahagian aktivis mahasiswa berjalan kaki dari Universiti Malaya (UM) ke Parlimen sebagai tanda protes keatas dasar potongan gaji secara automatik buat pemimjam PTPTN yang bergaji RM1000 ke atas di Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bukan mahu lari daripada tanggungjawab, tetapi ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kesal terhadap cara potongan yang bakal dilaksanakan Januari nanti.

Rata-rata yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial menganggap kaedah pemotongan wajib sebanyak 2 hingga 15 peratus mengikut gaji bulanan dibuat tanpa mengambil kira komitmen peminjam.

Walaupun bergaji kasar lebih dari RM3,000 namun jika ditolak dengan komitmen yang terpaksa dibayar setiap bulan termasuk kos sara hidup, gaji akan tetap tidak akan memampukan seseorang membayar pinjaman sehingga daripada potongan sehingga tujuh atau lapan peratus.

Sepatutnya peratusan mengikut tangga gaji jika tidak dinilai dengan komitmen peminjam perlu ditentukan oleh individu sendiri, pengguna Facebook bernama Mohd Ashraf.

“Aku tak setuju peratus potongan naik ikut pada gaji… Sebabnya komitmen hidup perlu diambil kira dulu sebelum buat keputusan untuk naikkan potongan…

“Kalau gaji 8000 sekali pun tapi komitmen 80% daripada gaji, masih tetap membebankan peminjam… Lebih baik berikan kebebasan kepada peminjam untuk memilih peratus potongan yang hendak dipotong dan sekiranya kewangan sudah stabil, peminjam bila-bila masa boleh naikkan peratus potongan… Yang penting kt sini, JANJI BAYAR…,” kata Mohd Ashraf.

Ada juga yang berpendirian bahawa tidak adil untuk membuat potongan kepada semua peminjam mengikut jumlah yang ditentukan namun tidak mengambil kira kawasan tempat tinggal.

Sebagai contoh kehidupan di pusat bandaraya sudah tentu berbeza kos sara hidupnya dengan yang tinggal di kawasan pinggir bandar mahupun kampung.

“RM2000 duduk di Durian Burung, RM 2000 duduk di Ampang. Macam mane ye? Faktor ni ada ambik kira ke tak ye,” kata Lasir Biru Pekat.

Semalam Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah bayaran balik peminjam akan meningkat jika gaji pun meningkat, contohnya bagi yang berpendapatan RM8,000 terpaksa membayar RM1,200.

Bagi seorang lagi pengguna Facebook bernama Faisal Lo Yusop, gaji kasar yang besar tidak bermaksud gaji bersih juga sama.

“Jadual gaji tu berdasarkan gaji kasar ke? Kalau based on gaji kasar, memang tak makan lah jawabnya. Ingat gaji (pokok) besar, gaji bersih pu bersar?? kalau gaji kasar RM3,000 hingga RM4,000 kerja pula di KL tu kira kategori miskin….Bingai betul!! katanya.

Justeru ada yang menyifatkan bahawa Pakatan Harapan hanya menggunakan cara populis sewaktu ‘menghasut’ rakyat untuk memilih parti itu pada pilihan raya.

Ia terbukti dengan cara yang digunapakai kerajaan itu hari ini dalam membuat keputusan tentang pembayaran balik pinjaman PTPTN.

“…Tapi yang biadap dan melampau ialah… KAMU SEMUA GUNAKAN PTPTN SEBAGAI UMPAN DEDAK untuk meraih undi pelajar. Bila dah menang.. Dengan BANGGA kamu label peminjam macam-macam,” kata Lan Lan. -MalaysiaGazette

Anwar akan bincang dengan menteri keresahan kaedah bayaran balik PTPTN

PTPTN: Syed Saddiq mahu kerajaan pertimbangkan semula

Yuran pentadbiran PTPTN tidak dimansuhkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast