Sebahagian peserta yang hadir pada perhimpunan 'Kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Ribuan peserta Himpunan Ummah membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)  mula membanjiri Masjid Negara hari ini.

Mereka mula berkumpul di sini seawal 7 pagi bagi menghadiri himpunan berkenaan.

Kesemua mereka dilihat memakai t-shirt putih dengan tulis “Himpunan Bantah ICERD”.

Masjid Negara adalah salah satu titik pertemuan dalam #Himpunan812 sebelum menuju ke Dataran Merdeka jam 2 petang ini.

Laungan seperti ‘Tolak ICERD’, dan ‘Undur Waytha’ turut dilaungkan peserta di sini.

Pergerakan peserta Himpunan Ummah dari Masjid Negara  ke Dataran Merdeka akan dilakukan sebaik solat Zohor. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast