Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada perhimpunan 'Kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak bersama isteri turut menyertai Himpunan Ummah bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang sedang berlangsung di ibu negara.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna putih beserta songkong hitam kelihatan berarak bersama ribuan peserta dari arah Masjid Jamek di sini ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan ialah Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Ahmad Said dan Tan Sri Shahrir Samad. – MalaysiaGazette