Ribut Salji Diego mula melanda Carolina Utara. foto NY Post

RALEIGH – Carolina Utara diisytiharkan dalam keadaan darurat selepas negeri itu dilanda ribut salji pada hari Jumaat.

Bencana alam itu dijangka turut melanda di bahagian tenggara sehingga akhir minggu.

Ribut salji Diego itu membawa bersama hujan lebat.

Keadaan itu menyebabkan beberapa penerbangan ditangguhkan dan lalu lintas tidak dapat digunakan kerana dilitupi ais.

“Carolina Utara sedang bersiap untuk menghadapi ribut salji dan kami sudah mengambil semua langkah yang diperlukan.

“Salji mungkin cantik tetapi ia juga berbahaya dan saya menggesa penduduk Carolina Utara untuk menghadapi ribut ini dengan serius dan mula bersedia dari sekarang,” kata Gabenor Roy Cooper dalam satu kenyataan bertulis bagi mengumumkan darurat.

Agensi pengurusan kecemasan Carolina Utara menggesa penduduk untuk menyimpan makanan dan air selama tiga hari, dan memastikan bateri dihidupkan untuk lampu suluh dan radio jika kuasa hilang.

Charlotte dijangka mengalami salji dan hujan batu yang menghasilkan ketulan ais ais antara satu dan dua inci.

Gabenor Oklahoma, Mary Fallin juga mengisytiharkan darurat di 77 daerahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast