Sebahagian petugas membawa plastik sampah selepas pada perhimpunan 'Kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Ummah yang berakhir kira-kira pukul 5 petang di Dataran Merdeka hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Malah, peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan itu mendengar nasihat yang diberikan oleh penganjur untuk tidak mengotorkan kawasan himpunan dengan sampah atau bekas makanan.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, skuad amal Pas yang dikerahkan ke perhimpunan tersebut menjalankan tanggungjawabnya bukan sahaja membantu pihak berkuasa mengawal keadaan menjaga keamanan malah mereka juga turut membersihkan sampah-sampah yang ditinggalkan oleh peserta.

MGF08122018_PERHIMPUNAN UMMAH55
Sebahagian petugas membawa plastik sampah selepas pada perhimpunan ‘Kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

Perkara sama turut dilakukan oleh sukarelawan keselamatan UMNO yang juga membantu melancarkan perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kerosakan pada pokok-pokok di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad apabila dipijak oleh peserta yang keluar masuk ke bangunan itu.

sampah2
Sampah yang telah siap dibungkus dan disusun rapi.

Terdahulu, penganjur ada memberikan amaran agar peserta perhimpunan tidak merosakkan harta benda awam serta pokok-pokok di sekitar lokasi himpunan diadakan.

Penganjur turut menyatakan bahawa pihaknya ada menerima gambar-gambar menunjukkan terdapat pokok-pokok yang ditanam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur rosak dipercayai akibat dipijak peserta yang bersesak-sesak. – MalaysiaGazette