Prof. Datuk Dr. Teo Kok. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Penyertaan besar orang Melayu dan Islam dalam Himpunan Ummah membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) memberi isyarat yang jelas dan keras bahawa jangan sesekali menggugat kedudukan bangsa dan agama mereka.

Malah, penyerahan memoradum oleh kumpulan silat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, secara halus berhemah dan tertib memberi amaran tentang kedudukan mereka sebagai bentang pertahanan Islam dan bangsa Melayu.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, orang Melayu sudah menunjukkan betapa mereka memang serius jika bangsa dan agama, institusi Raja dan bahasa mereka disentuh.

MGF08122018_HIMPUNAN BANTAH ICERD51
Ribuan peserta yang hadir pada perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

Katanya, sudah menjadi sifat orang Melayu sejak dahulu akan bangkit dan bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi dan politik seandainya ada hak mereka diganggu-gugat.

“Pada pandangan saya, perhimpunan tersebut memberi mesej yang jelas, terang dan keras. Inilah sifat orang Melayu yang etnosentriknya adalah agama Islam.

“Banyak hikmahnya perhimpunan ini, ia memberi peringatan kepada pihak di dalam dan luar negara jangan sesekali menyentuh hak mereka.

“Sebab itu, saya pernah menyatakan jangan beri orang Melayu marah kerana bangsa itu ada konsep mengamuk,” kata Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada MalaysiaGazette.

MGF08122018_HIMPUNAN BANTAH ICERD50
Ribuan peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

Dalam pada itu, Kok Seong memuji penganjur himpunan itu kerana ia berakhir tanpa provokasi dan perkara-perkara yang melanggar keselamatan negara.

Ini kerana, sebelum penganjuran itu, banyak pihak yang melahirkan kebimbangan tetapi ternyata perhimpunan itu berakhir dengan baik.

“Penganjur berjaya memastikan peserta berada dalam kawalan dan peraturan negara, ini sungguh baik,” katanya. – MalaysiaGazette

Lautan manusia sertai himpunan bantah ICERD

Himpunan Ummah bukti UMNO-Pas boleh bekerjasama – Mohamad Hasan

Himpunan isyarat jelas kepada kerajaan yang banyak buat U-turn

1 Komen

  1. Prof, jangan puji perhimpunan anti icerd yang dianjurkan oleh mereka yang tertipu dengan pemimpin politik yang mempunyai agenda peribadi. Keistimewaan melayu yang terdapat dalam perlembagaan sebenarnya yang memundurkan orang melayu. Buktinya semarang dimana orang melayu t

Comments are closed.