Nur Shazren Farhan Saharani, 17, dan Nur Shahidatul Akma Saharani, 15, dilaporkan pergi ke kelas menjahit dan tidak pulang ke rumah.

KUALA LUMPUR – Dua orang adik-beradik perempuan dari Pandan di sini dikhuatiri hilang apabila tidak pulang dari tempat kerja sambilan sejak tengah hari semalam.

Nur Shazren Farhan Saharani, 17, dan Nur Shahidatul Akma Saharani, 15, dilaporkan pergi ke kelas menjahit dan tidak pulang ke rumah.

Maklumat yang disebarkan di Twitter Rafizi Ramli memaklumkan bahwa kedua-dua gadis itu gagal dihubungi kerana telefon bimbit tidak berfungsi.

Orang ramai diminta menghubungi bapa kepada adik beradik itu di talian +60 17 384 8677 atau +60 13 737 6268 jika mempunyai maklumat mengenai mereka. – MalaysiaGazette