Datuk Liew Vui Keong
Liew Vui Keong

PETALING JAYA – Kerajaan berpegang teguh  kepada pendirian untuk menghapuskan hukuman mati manakala rang undang-undang (RUU) untuk tujuan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan telah mengumpulkan maklum balas semua pihak dan semua dokumen juga telah disediakan.

Katanya, rang-rang undang berkenaan sekarang hanya menunggu giliran untuk dibentangkan di Parlimen.

“Sesi Dewan Rakyat kali ini hanya sampai 11 Disember, jadi saya rasa tidak sempat sekarang.

“Nampaknya perlu tunggu sehingga Mac tahun depan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Tak adil bagi keluarga mangsa jika hukuman mati dimansuhkan

Sim Yee Ling terus bantah pemansuhan hukuman mati

Ditanya mengenai bantahan terhadap pemansuhan hukuman mati, Vui Keong berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk melakukan pemansuhan.

Vui Keong sebelum ini pernah menjelaskan bahawa pemansuhan hukuman mati perlu meliputi semua kesalahan jenayah yang diperuntukkan hukuman itu dalam undang-undang dan bukan hanya sebahagiannya.

Beliau berkata, terdapat banyak kesalahan yang dikenakan hukuman mati seperti pembunuhan dan mengedar dadah dan kerajaan tidak boleh memilih atau mengecualikan kesalahan tertentu. – MalaysiaGazette

Hukuman mati: Tiada U-turn tetapi kaji pampasan

PRM mahu rakyat tentukan mansuh hukuman mati

SUHAKAM gesa Singapura hapuskan hukuman mati