Isu ponteng sesi Dewan Rakyat akhirnya mendapat perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof apabila membuat ketetapan agar menteri atau timbalan menteri menghadiri sesi soal jawab selepas ini.
Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof

KUALA LUMPUR – ‘Pengusiran’ Ahli Parlimen Cameron Highlands dari menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 5 Disember ditarik balik dan Datuk C. Sivarrajh dibenarkan hadir sehingga mendapat keputusan undang-undang di Mahkamah Persekutuan kelak.

Kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff sebentar tadi mendapat sorakan daripada barisan pembangkang yang sebelum ini memboikot keputusan tersebut sejak Rabu lepas.

Mahkamah Persekutuan mempunyai tempoh sehingga enam bulan bagi membolehkan membuat keputusan selepas rayuan di buat sehingga itu Sivarrajh dibenarkan menjadi Ahli Parlimen yang sah dan bebas menghadiri sidang Dewan.

Hanya selepas mendapat perakuan daripada Mahkamah Persekutuan, maka Mahkamah Pilihan Raya akan membuat pengistiyaran kekosongan bagi kerusi Cameron Highland kelak.

Menurut Mohamad Ariff, Sivarrajh layak menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa kerana ini bukan kekosongan luar jangka yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebaliknya, ini adalah kekosongan yang diputuskan oleh perintah mahkamah pilihan raya. Oleh yang demikian, kuasa adalah kepada mahkamah untuk maklumkan SPR.

C. Sivarrajh

Sivarajh Chandran“Mahkamah pilihan raya tidak akan keluarkan perakuan sehingga rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, dalam isu ini, Yang Berhormat Cameron Highlands sudah menyatakan hasrat untuk membuat rayuan.

“Oleh yang demikian, perakuan tidak akan dikeluarkan oleh mahkamah pilihan raya sebaliknya Mahkamah Persekutuan akan berbuat demikian selepas proses rayuan selesai.

“Perakuan pengosongkan kerusi hanya akan distiyarkan selepas mendapat keputusan, sehingga itu Yang Berhormat Cameron Highlands masih lagi sah menjadi Ahli Parlimen,” katanya panjang lebar.

Keputusan itu disambut dengan sorakan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Zahid Hamidi bangkit mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana membuat keputusan yang adil dan saksama.

Bagaimanapun ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bangkit menyoal tentang tindakan mengusir keluar Sivarrajh sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat hadir sidang Dewan Rakyat, Mohamad Ariff menyuruhnya duduk.

“Saya sudah keluarkan ‘ruling’. Itu juga muktamad. Kita tidak perlu buang masa bincang tentang isu ini lagi,” tegasnya. –MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/05/tidak-patut-gelar-sivarraajh-wakil-asing-pandikar-amin/