Richard Malanjum
Richard Malanjum

PUTRAJAYA – Sebanyak RM1.4 bilion dibelanjakan untuk kos pemenjaraan dan penahanan banduan luar negara dalam tempoh 10 bulan tahun ini.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, jumlah itu membabitkan lebih kurang 500,000 kes jenayah oleh warga asing.

Setengah juta kes jenayah yang direkodkan di Malaysia itu  dari Januari hingga Oktober dan ia diuruskan di Mahkamah Majistret.

“Kita tidak ada pilihan selain mereman mereka, kos yang terlibat itu sangat banyak,” katanya kepada pemberita.

Justeru menerusi Dialog Hak Asasi Manusia ASEAN Peringkat Tertinggi: Hak Tertuduh Dalam Kes Jenayah yang berlangsung hari ini, Richard berharap agar perbincangan tentang peluang untuk menghantar pulang banduan asing ini dapat dilakukan.

“Kalau boleh kita hanya mahu menguruskan banduan Malaysia sahaja, kalau tidak ia akan membazir dari segi kos.

“Itu yang akan kita bincangkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast