KUALA LUMPUR – Anita Entertainment & Production sekali lagi menganjurkan Festival Santai sempena Festival tahun baru 2019 yang akan berlangsung di Dataran Bersejarah Air Keroh, Melaka pada 30 Disember hingga 1 Januari tahun depan.

Presiden Anita Bikers Club, Anita Yusop berkata, penganjuran farnival itu merupakan salah satu acara tahunan dalam menyemarakkan sambutan tahun baru pada setiap tahun yang turut melibatkan bikers bermotosikal kuasa tinggi.

“Pada tahun ini kita memilih Melaka sebagai destinasi penganjuran kerana negeri itu terkenal sebagai pusat pelancongan.

“Sepanjang festival ini berlangsung kita akan adakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung untuk memeriahkan lagi sambutan tahun baru,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Anita, pihaknya turut melakukan kempen bersama media dan selebriti tentang cara bagaimana menunggang dengan selamat dan program kesedaran menjaga alam sekitar.

Turut diadakan pada karnival itu khemah-khemah jualan dan pameran, acara cabutan bertuah, aksi berani, pertunjukan kereta dan motor, karaoke santai, persembahan live band, pertunjukan seni mempertahankan diri dan bermacam lagi.

Ujarnya lagi, pihaknya turut menyediakan gerai-gerai jualan kepada orang ramai yang ingin mengadakan jualan pada hari tersebut.

Justeru katanya, sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan gerai boleh menghubungi talian 012-3618749 atau 011-23248285. – MalaysiaGazette