Orang ramai dinasihat berhati-hati sepanjang musim tengkujuh ini.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di negeri Terengganu dan Pahang sehingga hari Jumaat ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Pahang pula Kuantan, Pekan dan Rompin.

Jabatan Meteorologi juga memberi amaran berwaspada di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan dan Besut dan Setiu di Terengganu.

Pahang pula membabitkan Jerantut dan Maran manakala di Johor Mersing dan Kota Tinggi. – MalaysiaGazette