CALIFORNIA – Seorang lelaki berjaya diselamatkan setelah dua hari terperangkap dalam lubang minyak di sebuah restoran Cina kosong di California.
Polis berkata, lelaki itu diberi bantuan selepas anggota kecemasan respons terhadap jeritan lemah yang meminta bantuan dari sebuah bangunan di kawasan San Francisco.
Lelaki itu dikatakan kepenatan dan mengalami dehidrasi tetapi dia dijangka pulih sepenuhnya.
Anggota bomba dan polis yang tiba di tempat kejadian di San Lorenzo dekat Oakland pada pukul 9.30 pagi terdengar suara dan mendapati ia datang daripada bumbung asap sebuah restoran.
Pasukan keselamatan terpaksa menggunakan tangga untuk akses ke bumbung dan kemudian menemui seorang lelaki berusia 29 tahun.
Badannya tidak boleh bergerak kerana badannya dipenuhi dengan gris dan minyak.
Pasukan keselamatan mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.
Polis berkata, lelaki itu tidak mungkin boleh bertahan untuk sehari lagi jika tidak diselamatkan kerana terperangkap dalam saluran logam.
Siasatan sedang dijalankan ke atas sama ada lelaki itu telah menceroboh atau ada cubaan merosakkan atau mencuri harta , kata polis. – MalaysiaGazette