Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pertuduhan yang berbeza dengan kenyataannya sebelum ini.
Menurut beliau, aktiviti pindaan terhadap laporan itu hanya boleh dilakukan dalam Laporan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan bukannya semasa peringkat draf laporan itu disediakan.