Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia berkembang pada paras 4.7 peratus pada tahun ini, lebih rendah berbanding unjuran awal yang dibuat pada Mac lalu iaitu 5.3 peratus.

IMF berkata, inflasi menyusut dan dijangka berada pada purata 1.1 peratus tahun ini.

“Pertumbuhan kredit melantun baru-baru ini dan aliran keluar modal pula terurus.

“Lebihan akaun semasa dijangka menyusut kepada 2.1 peratus berbanding KDNK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah pasukan yang diketuai Nada Choueiri telah melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya daripada 29 November lalu sehingga 12 Disember untuk menyiapkan Rundingan Artikel IV 2019 dengan kerajaan.

Bagi tahun depan, IMF menjangkakan KDNK sebenar Malaysia berkembang sekitar 4.5 peratus sehingga 5.0 peratus dengan permintaan domestik kekal sebagai pemacu pertumbuhan.

Manakala tarif import Amerika Syarikat daripada China diramal memberi kesan negatif kepada keseluruhan ekonomi negara.

Menurut IMF, inflasi sepatutnya berada pada purata 2.2 peratus berikutan penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Risiko tinjauan masa hadapan pertumbuhan adalah lemah manakala dari faktor luaran pula, Malaysia amat terdedah kepada kesan protectionism (perlindungan) yang semakin meningkat, persekitaran kewangan global yang semakin ketat serta pertumbuhan rakan-rakan dagang yang lebih lemah daripada jangkaan.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast