Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar setuju dengan cadangan supaya kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO menuntut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut bersetuju parti itu mengadakan pemilihan semula.

Khairy berkata demikian sebagai retweet cadangan seorang netizen Wef@SyedRifqi99.

Dalam Tweetnya, Wef@SyedRifqi99 mencadangkan Pemuda, Puteri, Wanita UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO meminta Presiden parti itu meletakkan jawatannya.

Selain itu, katanya, UMNO mesti segera membuat mesyuarat agung luar biasa agar pemilihan semula parti boleh diadakann bagi memilih kepimpinan baharu.

Wef@SyedRifqi99 yang dipercayai ahli parti itu berkata, hanya ahli-ahli UMNO sahaja boleh menyelamatkan parti tersebut.

“PPBM, Anwar atau Pas tidak boleh menyelamatkan kita,” kata netizen itu.

UMNO menyaksikan gelombang besar-besarkan pemimpin keluar parti susulan tindakan daripada kepimpinan UMNO Sabah beberapa hari lalu.

Ia membabitkan sembilan ADUN dan lima Ahli Parlimen dan dua Senator serta 21 Ketua Bahagian.

Hari ini, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz  turut mengumumkan keluar UMNO, manaka lima nama lagi disebut-sebut akan membuat keputusan yang sama.

Mereka ialah Datuk Rasol Wahid, Datuk Dr Latiff Ahmad, Datuk Shabudin Yahaya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau sedih apabila melihat rakan-rakan seperjuangan patah semangat apabila meninggalkan parti itu. – MalaysiaGazette