Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai 'pembantu MP Muar' dan meminta komisyen 30 peratus.
Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai 'pembantu MP Muar' dan meminta komisyen 30 peratus.

KUALA LUMPUR- Gaji minimum perlu ditambah baik terutamanya kepada golongan muda kerana mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Khazanah Research Institute (KRI) baru-baru ini, golongan tersebut tidak memilih kerja asalkan mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan dan kos kehidupan semasa.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perlu adanya desakan yang kuat untuk menyemak semula gaji pekerja Malaysia kerana kebanyakan golongan muda tidak kisah untuk berada dalam sektor 3D (kotir, sukar dan bahaya) sekiranya dibayar setimpal.

“Saya akan membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat Kabinet untuk kita perhalusi lagi permasalahan tersebut supaya perkara ini dapat dimaklumkan kepada kementerian berkaitan,” katanya dalam satu hantaran di laman Twitternya hari ini.

Tambah Syed Saddiq, syarikat-syarikat korporat juga perlu mengikut jejak yang sama dalam menstruktur semula skim gaji golongan muda.

Ini kerana, sekiranya mereka gagal berbuat demikian, terdapat kemungkinan golongan tersebut akan mencari peluang pekerjaan di tempat lain.

KRI kelmarin mengeluarkan hasil Kaji Selidik Sekolah ke Kerja dengan mencadangkan beberapa perkara termasuk menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan golongan muda adalah pemalas, memilih pekerjaan dan mahukan gaji yang tinggi sahaja.

Menurut kaji selidik tersebut, terdapat ramai golongan muda yang terpaksa menerima gaji yang tidak setaraf dengan pendidikan, malah terpaksa keluar dari bidang yang dipelajari semasa di universiti.-MalaysiaGazette