Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad.

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad didakwa bidap kerana mengaitkan Nabi dengan kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Kelemahan diri sendiri adalah biadap cuba dihalalkan dengan guna nama Nabi.

“Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan Manifesto, tiba-tiba Khalid Samad menggunakan alasan, kononnya Nabi gagal menunaikan semua janji adalah tindakan Biadab terhadap Nabi.,” kata penceramah, Wan Ji Wan Hussin.

Wan Ji mengulas ucapan Khalid Samad ketika di Konvensyen PAN hari ini yang berkata Nabi pun pernah tidak dapat menunaikan janji.

Ahli Parlimen Shah Alam itu merujuk kepada kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto bukan disengajakan tetapi disebabkan kekangan sumber kewangan.

“Ada orang kata, kita tidak tunaikan janji. Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat,” kata Khalid.

Wan Ji mengingatkan Khalid agar tidak memanipulasikan agama.

“Kita berusaha untuk memastikan agama tidak dimanipulasi, maka sebab itu kita melawan PAS.

“Parti Amanah Negara tidak perlu mengambil DNA PAS untuk bawa dalam Pakatan Harapan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast