Pochettino merekodkan kemenangab ke 100 malam tadi menentang Burnley dalam EPL.

LONDON – Mauricio Pochettino telah memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris yang ke-100 sebagai bos Tottenham Hotspurs malam tadi.

Spurs menewaskan Burnley dalam aksi di Wembley itu.

Tottenham bergelut untuk memecahkan kubu kebal pertahanan Burnley walaupun 70 peratus menguasai bola di atas padang.

Namun keputusan berubah selepas Christian Eriksen dan Heung -Min Son diturunkan pada babak kedua.

Dengan kemenangan itu, Pochettino merekodkan 100 kemenangan menerusi 169 perlawanan iaitu 10 perlawanan lebih awal berbanding Arsene Wenger.

Bekas pengurus Arsenal itu mengambil tempoh 179 perlawanan untuk merekodkan kemenangan ke-100 bersama the Gunners di London.

Pochettino belum menjulang sebarang piala bersama Tottenham setakat ini dan nampaknya Spurs tidak akan menjulang EPL dengan mengenepikan Manchester City atau Liverpool musim ini.

Kemenangan Spurs ke atas Burnley merupakan kemenangan ketiga berturut turut dan mengungguli tangga ketiga dalam carta liga.

Spurs mendahului Arsenal dan Chelsea dengan kelebihan lima mata tetapi jurang itu akan berkurang kepada dua mata sekiranya kedua dua pasukan rivals itu menang dalam aksi EPL pada malam Ahad hari ini.

Kami mahu menang setiap aksi secara berterusan selepas ini dan bukan untuk Krismas sahaja.

“Kami dalam kedudukan prestasi terbaik ketika ini dan sangat yakin untuk mengharungi setiap perlawanan kelak,” dakwa Eriksan selepas perlawanan. – MalaysiaGazette