Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

IPOH – Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di atas pentas ceramah sering dinanti-nantikan penyokongnya.

Ini kerana Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mat Sabu sentiasa menghidangkan cerita-cerita panas dan kontroversi berkaitan politik tanah air dalam cara yang mencuit hati.

Bagaimanapun sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Presiden AMANAH itu mengakui ucapannya sudah “tiada umph”.

“Ceramah saya sudah tidak sedap macam dulu sebab banyak pantang larang (untuk bercakap). Misalnya isu Johor dengan Singapura hanya Kementerian Luar yang keluarkan kenyataan dan cuba selesaikan.

“Kementerian Pertahanan pula tidak keluar kenyataan sebab bukan ‘my turn’ (masa saya),” katanya ketika sesi penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional AMANAH 2018, di sini hari ini.

Jelas Anggota Parlimen Kota Raja berumur 64 tahun itu walaupun isu tersebut dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara, ia bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya untuk diselesaikan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast