Antara gelagat penyokong Vietnam ketika hadir bagi memberi sokongan semasa perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2018

HANOI – Iklan televisyen pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki malam tadi mencatat sejarah dalam industri penyiaran Vietnam apabila harganya mencecah USD40,670 atau kira-kira RM170,000 hanya untuk durasi 30 saat!

Sebelum ini kos iklan tertinggi di negara ini dicatatkan pada final bolasepak Piala Dunia yang menyaksikan kadar harga bagi durasi yang sama adalah USD34,250 (kira-kira RM143,000.

Malaysia Gazette difahamkan, kos iklan itu menjadi ‘sangat mahal’ kerana ia ditonton oleh jumlah penonton yang ramai.

Hak siaran Piala AFF Suzuki 2018 di Vietnam ini dimiliki bersama VTV, Next Media Solutions JSC (Next Media) dan Green Communications Corporation (Green Communications).

VTV ketika ini memiliki pakej hakcipta untuk televisyen terrestrial manakala Next Media dan Green Communications menguasai sepenuhnyah satelit, kabel, IPTV,  radio, Internet, media sosial dan lain-lain lagi di Vietnam. – Malaysia Gazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast