Bangunan restoran Sapporo musnah sama sekali selepas berlaku letupan kuat. foto Agensi

TOKYO – Seramai 42 orang cedera selepas berlaku satu letupan besar disusuli dengan kebakaran berlaku di sebuah restoran di utara Sapporo.

Punca letupan itu masih belum diketahui tetapi beberapa laporan mendakwa ia berlaku akibat letupan gas.

Imej letupan yang tular di media sosial menunjukkan asap tebal dari kawasan berkenaan dengan serpihan berterbangan.

Malah, letupan yang berlaku itu turut menyebabkan beberapa bangunan runtuh.

Polis telah mengepung kawasan sekitar berikutan kebimbangan berlaku lagi letupan.

Lebih 20 jentera bomba dikerahkan ke kawasan kejadian bagi mengawal kebakaran selepas menerima panggilan kira-kira pukul 8.30 malam.

NHK melaporkan kawasan penempatan dan restotan yang terletak kira-kira 3 kilometer dari kawasan insiden turut terjejas.

Saksi-saksi berkata, letupan itu bunyi seperti guruh.

Seorang saksi memberitahu, letupan itu telah menyebabkan tingkap restoran berkenaan pecah dan ramai yang cedera.

Polis menjangkakan jumlah yang cedera dijangka meningkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast