Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad (CIMB) memberi jaminan sistem CIMBClicks kekal selamat dan semua transaksi pelanggan adalah dilindungi, sekali gus menafikan dakwaan bahawa portal atas talian perbankan itu tidak selamat.

Bank itu berkata, ia juga telah memperkenalkan kaedah tambahan bagi meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

Ia termasuk meningkatkan jumlah kata kunci sehingga 20 karekter dan sistem keselamatan reCaptcha. – MalaysiaGazette