Foto Instagram Fizz Fairuz.

KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Fizz Fairuz dikurniakan lagi anak perempuan apabila isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak ketiga, kelmarin.

Pelakon Nur Kasih itu berkata, bayi seberat 3.31 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Setapak.

“Kedudukan bayi kami pada mulanya songsang dan doktor sudah memaklumkan mungkin Almy terpaksa menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, doa kami semua dimakbulkan apabila urusan melahirkan bayi ini dipermudahkan kerana Almy tidak perlu menjalani pembedahan,” katanya yang turut memuat gambar di Instagramnya.

Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9. – MalaysiaGazette