KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meminta jangan ada pihak yang membuat komen mewakili dirinya.
Ia ekoran tindakannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang hari ini.
Nurul Izzah dalam tweetnya “Kindly refrain from ever commenting on my behalf” merujuk kepada kenyataan Ketua Strategik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Rais Hussin yang dilaporkan sebuah portal hari ini.
Dalam kenyataan itu, Rais yakin Nurul Izzah akan menarik balik peletakan jawatannya kerana beliau seorang komited dalam agenda reformis.
Selain Naib Presiden PKR, Nurul Izzah juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh.
Sebelum itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Baharuddin menghormati keputusan Nurul Izzah tetapi mahu pucuk pimpinan parti memandang serius kenapa ia berlaku.- MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/17/afif-enggan-dedah-perbualannya-dengan-nurul-izzah/