Najib Tun Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Khalid Samad ekoran kenyataannya dinafikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berhubung pelaburan Qatar terhadap projek kereta nasional ketiga Malaysia.

Menerusi hantaran terbaru di laman sosial, bekas perdana menteri menyindir Menteri Wilayah Persekutuan itu setelah kenyataannya dinafikan oleh Mohd. Redzuan.

“Oh, rupanya tak wujud pelaburan RM1.6 trilion dari Qatar. Menteri Qatar terus nafikan. Hari ini, Khalid Samad nak salahkan siapa? Mailaikat? Atau yang lain?,” tulisnya di Facebook hari ini.

Najib sebaliknya, menggesa Khalid supaya memberikan fokus kepada langkah Pakatan Harapan yang merancang untuk menjadikan Harapan Coin sebagai mata wang kripto kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan pada masa depan.

“Eloklah, Khalid fokus Harapan Coin sajalah. Mana tahu, mungkin Harapan Coin boleh kutip RM1.6 trilion. 30 peratus untuk kawan-kawan sudah RM480 bilion,” tulisnya lagi.

Pada status tersebut, Ahli Parlimen Pekan turun memuat naik keratan berita dari sebuah laman portal merujuk kepada penafian oleh Mohd. Redzuan itu. – MalaysiaGazette