Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

RIYADH – Arab Saudi mengecam kenyataan Senat Amerika Syarikat yang mendakwa kes pembunuhan Jamal Khashoggi merupakan jenayah yang tidak mencerminkan polisi negara ini.

“Kenyataan Amerika Syarikat baru-baru ini dibuat atas tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas, termasuk campur tangan terang-terangan dalam hal ehwal dalamannya dan peranan kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa,” kata Kementerian Luar Arab Saudi.

Khashoggi, seorang wartawan terkemuka dibunuh pada 2 Oktober lalu di bangunan Konsulat Amerika Syarikat.

Arab Saudi yang mengesahkan pembunuhan itu selepas beberapa kali penafian dibuat mendakwa insiden tragis itu dilakukan oleh agen perisik negaranya.

Turki mendakwa pembunuhan itu ada kaitan dengan pembabitan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Riyadh.

Arab Saudi yang turut menyiasat kes pembunuhan itu telah menahan 11 orang suspek. – MalaysiaGazette