Lion Air
Pencarian perakam suara kokpit dilewatkan hingga Rabu ini - The Financial Express

JAKARTA – Pencarian perakam suara kokpit Pesawat jet Lion Air yang terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu mengalami kelewatan dua hari.

Situasi itu berlaku berikutan cuaca buruk di lautan yang melambatkan ketibaan kapal khas yang akan digunakan dalam pencarian tersebut, kata syarikat penerbangan itu hari ini.

Nahas yang membabitkan pesawat Boeing, B737 MAX mengakibatkan 189 penumpang terbunuh dan bangkai utama serta kotak hitam kedua tidak ditemui pada pencarian awal.

Lion Air dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia memperuntukan sebanyak $2.6 juta untuk menggunakan kapal Everest MPV dalam misi pencarian itu.

Kapal itu sepatutnya tiba ke lokasi pencarian hari ini.

Bagaimanapun, cuaca buruk dan hujan lebat di pelabuhan di Johor Bahru, Malaysia serta persiapan peralatan dan proses mobilisasi krew melambatkan ketibaan kapal itu ke lokasi nahas sehingga Rabu ini.

Kebiasaannya kos pencarian ditanggung kerajaan.

Mengikut undang undang, pencarian perakam suara kokpit merupakan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT), kata Lion Air.

Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab terhadap bajet KNKT tidak menulas mengenai isu itu.

Pada minggu lalu, penyiasat Indonesia berkata, masalah pembiayaan dan birokrasi menyukarkan pencarian perakam suara kokpit sebelum menagih bantuan syarikat penerbangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast