KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) didesak supaya berhenti memperkukuhkan parti masing-masing dengan menerima kemasukan bekas pemimpin-pemimpun UMNO.

Angkatan Muda Keadilan yang memandang serius gejala lompat parti itu menyifatkan situasi semasa sebagai keadaan yang sangat tidak sihat.

Malah, Exco Angkatan Muda Keadilan, Shariful Azmir Mustafa menyifatkan tindakan menerima kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO ini bakal menjejaskan hubungan di antara parti-parti komponen Pakatan Harapan jika tidak dibendung.

Lagipun, PH masih mempunyai ramai lagi pimpinan yang sangat berkaliber untuk membantu kerajaan dalam hal-hal urus tadbir negara.

“Pemimpin-pemimpin UMNO yang dahulu dilihat sombong, angkuh, bongkak dan takbur serta sering juga mengeluarkan kenyataan menghina perjuangan dan agenda yang dibawa oleh Pakatan Harapan sewaktu mereka (UMNO) berkuasa sekarang dilihat seolah-olah ingin menyucikan diri dengan bersama Pakatan Harapan.

“Ada diantara mereka yang melompat keluar dari UMNO dahulunya sewaktu masih bersama UMNO telah mengumpul kekayaan dan ada juga di antara mereka yang melompat itu mempunyai pelbagai masalah seperti isu ketirisan dan juga isu salah laku moral.,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Shariful Azmir menggesa Pakatan Harapan lebih fokus dalam agenda memperkasakan rakyat dan melaksanakan manifesto yang masih belum ditunaikan berbanding memperkukuhkan parti masing-masing.

Kata, Angkatan Muda Keadilan mendesak supaya akta “Anti Lompat Parti” dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan dilaksanakan supaya wakil-wakil rakyat akan menjadi lebih berintergriti dan bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast