Sebahagian pegawai pasukan Bomba dan Penyelamat berkumpul di ruang menunggu Institut Jantung Negara berikutan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sr Maha Mariamman. foto SYAFIQ AMBAK, 17 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta supaya bertenang dan menerima kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebentar tadi dengan lebih terbuka.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, rakyat tidak sepatutnya terburu-buru sehingga boleh menggangu-gugat keamanan serta ketenangan negara berikutan berita kematian ini.

“Bawa bertenang, terima khabar berita ini dengan hati terbuka. Terima ini seadanya. Mesti bertenang.

“Tolong pelihara keamanan, kita tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku, harap bertenang,” rayunya kepada masyarakat umum di perkarangan Institut Jantung Negara malam ini. – MalaysiaGazette