Ibu, Asma Aziz tidak dapat menahan kesedihan selepas mengiringi anaknya, Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebaik tiba untuk dihantar ke kediaman keluarganya yang terletak Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

KUALA KEDAH – Helikopter yang membawa jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim selamat mendarat di padang SK Tebengau di sini pada pukul 10.38 pagi.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumah keluarganya sebelum dikebumikan.

MGF18122018_ADIB MENINGGAL24
Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengunsung dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebaik tiba untuk dihantar ke kediaman keluarganya yang terletak Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

Kira-kira 100 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menyambut jenazah Muhammad Adib.

Sementara itu, perkarangan rumah keluarga Allahyarham dipenuhi dengan orang ramai yang menunggu sejak awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Zohor. – MalaysiaGazette