Najib dan Khalid

KUALA LUMPUR – Nampaknya Datuk Seri Najib Razak sudah menjangka Khalid Samad pasti membuat sekali lagi pusingan U dalam isu pelaburan Qatar dalam projek kereta nasional.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, selepas disanggah oleh menteri Pakatan Harapan (PH) lain, pusingan U terbaru yang diramal oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu sudah berlaku.

“Biar pun ada rakaman video dan beratus orang saksi. Terbaru ialah menteri ini kata dia tidak pernah sebut Malaysia berjaya menarik pelaburan Qatar bernilai RM1.6 trilion dari seorang peniaga Arab bagi projek kereta nasional ketiga.

“Sebaliknya, dia kata dia hanya sebut bahawa kerajaan PH boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan Qatar kerana negara itu kini giat membuat pelaburan di seluruh dunia,” ujarnya dalam hantaran terbaharu media sosialnya.

Sebelum itu, Khalid menyalahkan wartawan sebuah portal didakwa silap menafsir kenyataannya dalam isu pelaburan Qatar sama seperti isu mendakwa nabi tidak menunaikan janji.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/18/saya-tak-kata-pun-qatar-nak-labur-projek-kereta-nasional-khalid/