Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar melibatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah dalam isu status Pulau Kukup.

Tunku Mahkota Johor itu berkata, apa yang Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar cuba lakukan.

Ini kerana, Tunku Ismail berkata, isu berkenaan sudah pun selesai.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri kecewa kerana telah diberitahu oleh beberapa orang kelilingnya bahawa keluarga diraja Johor akan membangunkan pulau itu,” menurut Tunku Ismail melalui Twitter.

Dalam ciapan yang berasing, beliau mengingatkan Xavier bahawa beliau sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan dan memintanya segera henti berkempen memandangkan Pilihan Raya Umum sudah berakhir.

“Sekarang adalah masa untuk melaksana dan menyampaikan. Jangan cuba untuk mengalih perhatian ke mana-mana lagi. Cuba gunakan isu lain sebagai penipuan. Fokus kepada kemajuan negara,” kata beliau.

Xavier dalam kenyataannya hari ini berkata, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 12 Disember 2018 sekali lagi menegaskan keperluan untuk mengekalkan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor

Kabinet juga berpandangan Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mengambil berat dalam isu ini bagi memastikan sumber asli negara yang amat berharga dapat dipelihara untuk kesejahteraan hidup rakyat.

Malah, katanya, Pemangku Yang di-Pertuan Agong juga telah menzahirkan sokongan ke atas pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung dengan perkara ini semasa Perdana Menteri menghadap baginda pada 12 Disember 2018.

Katanya, kementerian itu yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber asli dan focal point di peringkat antarabangsa memandang serius perkara ini kerana pertukaran status Pulau Kukup boleh memberi kesan kepada reputasi negara dalam menguruskan Pulau Kukup sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar.

Di bawah Konvensyen ini, Malaysia mempunyai obligasi untuk menguruskan kawasan ini secara berhemah dan memastikan khazanah biodiversiti di Pulau Kukup sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette