Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer

MANCHESTER – Manchester United dijangka melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara pada hari ini.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tersilap membuat pengumuman dalam laman web rasminya pada petang semalam.

Namun mesej itu dipadam kemudian.

Solskjaer, 45, yang merupakan penyerang legenda Manchester United telah menjaringkan 126 gol bersama the Red Devils dalam 11 musim di OLd Trafford.

Bekas penyerang antarabangsa Norway itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho.

Solskjaer beraksi untuk United dari 1996 hingga 2007 dan dianggap serasi dengan falsafah Theatre of Dreams untuk mengembalikan era kegemilangan kelab itu.

United dijangka mengumumkan pelantikan pengurus sementara menjelang aksi menentang Cardiff pada 22 Disember ini.

SEmalam, Mourinho 55, berikutan prestasi merudum sepanjang musim ini.

Semalam, United berkongsi video menampilkan Solskjaer menjaring gol kemenangan dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah menentang Bayern Munich pada 1999.

Walaupun belum disahkan pelantikannya oleh United setakat ini, Perdana Menteri Norway, Erna Solberg mengalu-alukan pelantikan Solskjaer dalam sosial media.

“Hari terbaik untuk bola sepak Norway. Selamat berjaya dalam menguruskan the Red Devils,” sebelum memadam mesej itu dari akaun twitter peribadinya beberapa minit kemudian.

Zinadine Zidane dan Pochettino dari Tottenham Hotspurs adalah dua calon utama senarai pengurus tetap kelab itu. – MalaysiaGaette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast