Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) tidak mampu membuat kerja-kerja pembangkang kerana mereka juga sedang bercakaran.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, semua pihak maklum, ‘kapal PH’ mempunyai empat nakhoda.

“Tembak menembak’ sesama sendiri sebenarnya bukanlah untuk semak dan imbang sebaliknya bermotifkan kepentingan politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Oleh itu, walaupun jumlah kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat semakin mengecil disebabkan ‘katak melompat’ namun suara pembangkang yang ada tidak boleh dinafikan.

“Rakyat pastinya bersetuju sekiranya Ahli Parlimen kerajaan atau penyokong mereka memantau gerak geri pentadbiran sendiri.

“Namun, sejauh mana keberkesanannya? Seriuskah mereka atau sekadar mahu mengaburi mata rakyat? Adakah ianya baik untuk negara yang sejak sekian lama meraikan amalan demokrasi?” katanya yang mengulas pandangan penganalisis-penganalisis politik yang membayangkan hanya pemimpin dan penyokong kerajaan sahaja yang akan melakukan kerja-kerja semak dan imbang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast