Goldman Sachs

KUALA LUMPUR – Goldman Sachs hanya bergantung kepada dokumen-dokumen yang disediakan oleh eksekutif-eksekutif International Petroleum Investment Co (IPIC) apabila bank itu melaksanakan jaminan bon IPIC bernilai AS$1.75 bilion yang diraih untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah, Goldman Sachs mengakui bahawa ia tidak menerima resolusi daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah IPIC untuk menerbitkan bon tersebut, menurut laporan Straits Times.

“Firma ini bergantung kepada dokumen-dokumen yang disediakan oleh eksekutif-eksekutif IPIC dan pandangan perundangan peguam luar yang membuktikan pihak berkuasa IPIC untuk melakukan jaminan itu,” kata Goldman Sachs dalam maklum balas secara bertulis.

Namun, bank itu tidak mengulas panjang.

Ia juga melaporkan kerajaan Abu Dhabi juga tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan kenapa IPIC terlibat dalam jaminan-jaminan tersebut tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. – MalaysiaGazette