Gambar hiasan

HONG KONG – Seorang lelaki yang memukul seekor anjing dengan klub golf di jalan raya sedang diburu polis.

Kejaduan itu berlaku selepas tengah malam.

Akibat pukulan itu, haiwan tersebut mengalami kecederaan dan kini dirawat di Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) di Wan Chai.

Seorang wanita yang menyaksikan kejadian tersebut di luar kedai runcit selepas terdengar nyalakan anjing iti.

Kedai itu tutup semasa kejadian berlaku.

Lelaki itu bertindak melarikan diri selepas wanita berkenaan menjerit ke arahnya.

“Anjing itu mengalami kecederaan di mulut. Kes itu diklasifikasikan sebagai kekejaman terhadap haiwan,” kata polis.

Pengesan dari unit siasatan jenayah yang mengendalikan kes itu memaklumkan setakat ini, tiada siapa yang telah ditangkap.

Difahamkan anjing itu memakai mikrochip pengenalan.

Jurucakap SPCA berkata, selain memberi rawatan anjing yang cedera, pemeriksaan akan dijalankan dan keputusannya akan digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Di Hong Kong kekejaman ke atas haiwan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda sehingga HK$200,000. – MalaysiaGazette