Majlis Professor Negara (MPN) menganjurkan sidang media mengenai isu "Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah Kita?" bertempat di Majlis Professor Negara, Country Heights, Kajang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 DISEMBER 2018.

KAJANG – Majlis Profesor Negara (MPN) masih beroperasi sehingga kini walaupun kerajaan mengumumkan untuk membubarkan badan itu pada 23 Mei  lalu.

Menurut Presiden MPN,  Prof. Datuk Dr Raduan Che Rose agensi itu berdaftar sebagai sebuah syarikat justeru ia berhak diteruskan sebagai badan pemikir yang bebas walaupun tidak lagi berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Kabinet mengambil keputusan membubarkan MPN sebuah syarikat di bawah CLBG ( Syarikat Berhad Menurut Jaminan). Walaupun dimansuhkan tapi kita sebagai entiti berdaftar boleh terus beroperasi dan berjalan.

“Setelah berbincang dengan Lembaga Pemegang Amanah lebih wajar kita menjadi agensi yang bebas sebebasnya,” katanya.

Raduan berpendirian jika fungsi MPN dihentikan sepenuhnya, tenaga dan sumbangan profesor dalam negara tidak akan digunakan dengan sebaiknya.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa wujud banyak unsur-unsur politik mempengaruhi MPN sehingga dipergunakan oleh pentadbiran terdahulu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast