KUALA LUMPUR – Tidak ada apa-apa yang menghairankan lagi apabila seseorang pemimpin politik mahu menunjukkan kesederhaan mereka dengan menggunakan kelas ekonomi menaiki kapal terbang.

Malah bukan sesuatu yang luar biasa juga jika seandainya seseorang itu memakai jaket berharga ribuan ringgit tetapi masih ‘merendah diri’ menggunakan hanya sekadar kelas ekonomi.

Tetapi yang menjadi satu persoalan, adakah wakil rakyat ini atau anaknya dapat menjelaskan kepada umum bagaimana wakil rakyat seperti ini dapat membantu pekerja parti miskin yang setia kepada parti.

Begitu luahan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng atau lebih dikenali sebagai Dennis Tan dalam sosial Facebook beliau.

Beliau merujuk kepada ‘kekecohan’ dalam laman sosial dan berhubung perilaku jimat cermat serta rendah diri ditonjolkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan anaknya yang menggunakan kelas ekonomi dari Melbourne, Australia ke Malaysia baru-baru ini.

“Bukan hal besar sekiranya menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau memakai jaket berharga beratus pound.

“Yang menjadi persoalan, sekiranya anak lelaki anda mampu membeli jaket semahal itu, bukankah ‘kemampuan’ itu patut digunakan olehnya untuk membantu pekerja roket yang ditugaskan menjual lidah parti itu, Roket dengan berpakaian lusuh serta hanya berselipar?,” soalnya.

Netizen yang memuji tindakan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP itu kini ada antaranya berubah nada.

Ada juga turut melontarkan persoalan seperti Tan adakah benar dakwaan sesetengah jaket yang dikatakan berjenama Givenchy berharga hampir £887 (RM4,700).

Anak sulung Guan Eng, Clint Lim Way Chau dilihat memakai jaket buatan Perancis yang berwarna hitam dalam pesawat tersebut.

Media sosial sebelum ini juga pernah mendakwa Clint Lim pernah dilihat memakai jam berjenama mewah Richard Mille, yang berharga AS$89,995 (RM349,000) ketika mengikuti perbicaraan kes rasuah bapanya awal tahun tahun lalu.

Namun dakwaan itu belum dapat dipastikan kesahihan sebelum ini.

Screenshot_2018-12-22-17-35-37Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut menyindir dengan menyatakan menaiki kelas ekonomi atau tidak, permandangannya masih sama sahaja.

“Namun, anda tidak dapat jaket Givency la,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast