tsunami
Mangsa tsunami di Pandeglang ditempatkan di sebuah masjid.- REUTERS

PANDEGLANG – Angka korban tsunami yang melanda Selat Sunda malam tadi meningkat kepada 168 orang manakala 745 tercedera dan 30 orang masih hilang, demikian menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho di akaun Instagramnya.

Tambahnya, sejumlah 556 buah rosak teruk dan proses mengeluarkan mangsa masih lagi diteruskan.

Penduduk yang terselamat dibawa ke kawasan yang lebih tinggi.

Pasukan pencari dan penyelamat serta pasukan perubatan telah tiba kawasan-kawasan terjejas tsunami sejak tengahari tadi.

Puluhan ambulans telah dihantar ke Tanjung Lesung, Panimbang di kawasan Pandeglang, Banten oleh kerajaan tempatan dan sektor swasta.

“Para sukarelawan telah pun tiba di Tanjung Lesung bagi operasi mencari dan menyelamat,” kata Edi, 40, seorang penduduk Tanjung Lesung yang juga mangsa yang terselamat daripada bencana tersebut, kepada agensi berita Antara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast